FIRST TIME ACCIDENT

by - April 03, 2017

Assalamualaikum.


15 March 2017 - first time seumur hidup accident kereta. Pukul 9 pagi, I was on my way nak pergi kerja. Driving alone. Masa tu tak bawak laju sebab dalam kawasan taman perumahan lagi. Sampai kat simpang 3 tu, dari jauh aku dah nampak dah kereta nak keluar simpang tu so buat taktau la sebab jalan aku. Unfortunately, dia tak berhenti masa nak keluar simpang tu and bam! langgar kereta aku dari tepi kiri! Aku terkejut & takut at the same time memikirkan keadaan kereta tu kemek teruk ke tak. Yang langgar tu Triton ouls. Langgar kereta kecik je uols. Orang yang langgar ni nak bertanggungjawab ke tak? Salah aku ke salah dia? Nak buat apa ni? Macam mana ni? Nak report polis ke? Kalau tak report polis takpe ke? First time berdepan situasi camni... So here am I writing this. Based on my experience dan kemalangan yang tak melibatkan kecederaan pemandu atau penumpang. Hanya kerosakan kenderaan tau. Kalau melibatkan nyawa mungkin banyak lagi procedure kena buat.

First time accident, apa nak buat?
First of all, kalau drive sorang, call family/kawan-yang-boleh-membantu terdekat. So, kita akan rasa secure. In my case, I called my parents. Accident tu dalam taman perumahan jugak so it took 10 minutes untuk abah sampai kat tempat kejadian.


Bila accident, tak kira la kita salah ataupun orang lain salah, kita ada 2 pilihan:

1) NAK CLAIM INSURANS KEROSAKAN KERETA
Kalau terbukti bukan salah kita, kita boleh claim insurans atas pihak yang melanggar. Tak kacau insurans kita. Tak kacau NCD kita. Dengan syarat!! Kedua-dua pihak kena buat report polis & kemalangan melibatkan jenis kenderaan yang sama sahaja. Kalau kita drive kereta, yang melanggar kita adalah kereta juga, boleh claim insurans dia. Kalau motor yang langgar kereta kita, tak boleh! Kalau lori pun tak boleh! Bila polis dah keluarkan keputusan laporan yang menyatakan pihak tersebut bersalah, baru boleh claim insurans dia. Macam kes aku lepas dah dapat keputusan report polis (seminggu lepas accident), aku terus ke Perodua. Pihak Perodua yang settlekan insurans dan repair. Lama jugak la dalam sebulan kot sebab kena settlekan insurans dengan surveyor dulu, then kena queue pulak untuk repair kereta tu. Tapi selepas dah settle urusan insurans, kalau turn untuk repair kereta kita tu lambat lagi, kita boleh ambil dulu kereta. Nanti dah sampai turn baru hantar balik kereta, masuk bengkel terus. Tu pun kalau kerosakan minor dan kereta masih boleh digunakan lagi (tanggungjawab sendiri).

Kalau terbukti salah kita, kita boleh jugak claim insurans. Tapi insurans sendiri la dan kemungkinan pihak yang kita langgar tu akan claim atas insurans kita jugak. Masih kena buat report polis dan akan disaman RM300 atas kesalahan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Senang cerita kalau nak claim insurans, semua pihak yang terlibat kena buat report polis. Okay?

2) NAK SETTLE GUNA DUIT SENDIRI
Kalau rasa leceh la nak buat report polis semua tu, lambat laaa, accident sikit je pun, settle sendiri jela senang. Ha kena deal dengan orang yang melanggar la. Sembang elok-elok. Kalau dia setuju nak bertanggungjawab atas kecuaian dia & nak tanggung sepenuhnya kos baikpulih tu, selamat la duit kita. Kalau calar sikit je, kita pun tak kisah sangat boleh repair guna duit sendiri, lagi senang. Lagipun, kalau kita memudahkan kerja orang, Allah akan memudahkan kerja kita :)

Kereta sekarang tengah queue untuk repair. Alhamdulillah tak teruk sangat, pintu belah kiri kemek depan belakang. Kena tukar kedua-dua pintu. Yang lain takda apa, tak ada sebarang kecederaan. As in my case, kedua-dua pihak bersetuju nak report polis & claim insurans. I will update kat sini nanti: FIRST TIME ACCIDENT / PART 2

Jadi, pilihlah cara mana yang terbaik dan senang. Drive safely okay. Semoga membantu!

*seremuk hatiku*


You May Also Like

0 COMMENT